Pembeli rumah pertama • B40 & M40 • Seluruh Semenanjung Malaysia

Bantu Anda Miliki Rumah Mampu Milik Sekarang

Panduan mudah untuk pembeli rumah pertama dan pelabur hartanah dari semakan kelayakan hingga serahan kunci

Hero section Azliana Rumah Go
Bimbingan

Bimbingan loan, kelayakan & proses pembelian rumah

Penerangan

Penerangan mudah, jelas dan mesra pelanggan

Support

Freindly & trusted support

Saya guide dari awal sehingga selesai.

Saya membantu pembeli rumah pertama faham pilihan, semak kelayakan dan lalui proses permohonan dengan lebih tenang dan jelas.

Siapa Saya

Saya Azliana, menceburi bidang hartanah sejak tahun 2019 sebagai Eksekutif Jualan dengan sebuah pemaju perumahan Glomac Berhad. Saya bermula dengan menjual property jenis landed 2 tingkat di beberapa township di Negeri Selangor. Kemudian disebabkan oleh misi kerajaan untuk membantu lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri melalui program rumah mampu milik, pemaju tempat saya bekerja ketika itu turut membangunkan projek Rumah Selangorku dan saya diberi peluang untuk terlibat secara langsung.

Dari situ, saya mula memahami cabaran sebenar yang dihadapi oleh pembeli rumah pertama, khususnya golongan B40 & M40 daripada isu kelayakan pinjaman, proses pembelian dan juga syarat-syarat permohonan.

Berpengalaman bekerja dengan pemaju perumahan sejak 2019 dan kini saya mendapat lantikan terus dari pemaju. Pembeli tidak perlu risau kerana semua urusan seperti bayaran booking dan semua urusan sepanjang proses pembelian rumah dilakukan secara terus dengan pihak pemaju tanpa melalui mana-mana agensi atau pihak ketiga. Read less

2019
Mula dalam bidang hartanah
7 tahun
Pengalaman bantu pembeli
PPAM
Antara fokus kepakaran
Direct
Lantikan terus dari pemaju
Nor Azliana Binti Alang Mukhtar, perunding Azliana Rumah Go
Owner profile

Nor Azliana Binti Alang Mukhtar

Membantu pembeli rumah pertama semak kelayakan dan faham proses pembelian dengan lebih jelas.

Masih Menyewa Walaupun Dah Lama Bekerja?

Ramai sebenarnya layak memiliki rumah sendiri, tapi tak tahu macam mana nak mula, takut komitmen dan rasa proses beli rumah terlalu rumit.

Tak tahu kelayakan loan

Tak Tahu Layak Atau Tidak

Ramai masih menyewa kerana menganggap mereka tidak layak membeli rumah. Sedangkan rumah mampu milik ada menawarkan beberapa skim yang sesuai untuk semua golongan.

Dari yang bekerja kerajaan, swasta, kerja sendiri, gig worker, bisnes, comission earner dan pemegang kad pencen. Ramai sebenarnya layak, tetapi tidak pernah membuat semakan kelayakan dan tidak tahu cara memohon. Read less

Proses permohonan rumit

Proses Permohonan Nampak Rumit

Nak daftar, nak upload dokumen, nak semak kelayakan, semua nampak memeningkan.

Sebab itu ramai yang tangguh walaupun sebenarnya layak mohon. Read less

Ingat rumah landed mahal

Ingat Rumah Landed Mesti Mahal

Bila dengar "rumah landed", ramai terus fikir harga mahal. Disebabkan itu ramai yang tangguh impian untuk milki rumah yang lebih luas untuk keluarga.

Hakikatnya, ada projek rumah mampu milik "landed" di lokasi tertentu dengan harga mampu milik dan ansuran yang rendah mengikut pendapatan. Read less

Terlalu banyak pilihan

Terlalu Banyak Pilihan, Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana

Terdapat pelbagai projek rumah mampu milik di pasaran dan setiap satunya mempunyai lokasi, harga, keluasan serta kemudahan yang berbeza.

Ramai pembeli jadi keliru untuk menentukan projek yang benar-benar sesuai dengan bajet, lokasi tempat kerja dan keperluan keluarga. Read less

Apa Yang Saya Boleh Bantu Anda?

Tak tahu nak mula dari mana? Tak perlu risau saya akan terangkan satu per satu sehingga faham

Semak kelayakan anda

Semak Kelayakan Anda

Tak pasti anda layak atau tidak? Saya boleh bantu semak kelayakan awal berdasarkan pendapatan, pekerjaan dan komitmen semasa anda.

Bantu proses permohonan

Bantu Proses Permohonan

Jika anda pertama kali memohon rumah mampu milik, saya akan terangkan proses permohonan sehingga anda faham.

Semak dokumen yang diperlukan

Semak Dokumen Yang Diperlukan

Tak tahu dokumen apa yang perlu disediakan? Saya akan kongsikan senarai dokumen dan bantu pastikan semunya lengkap.

Tunjukkan projek yang sesuai

Tunjukkan Projek Yang Sesuai

Tak perlu pening tengok terlalu banyak projek. Saya akan cadangkan projek yang sesuai mengikut bajet, lokasi dan keperluan keluarga anda.

Lihat Projek Terkini

Pilih rumah yang sesuai, lihat gambar, dan terus hubungi melalui WhatsApp.

RUMAH SEMI D CLUSTER

Behrang Bitara, Perak RM399,000
⭐ HOT LISTING

• Freehold • Rezab Melayu • 4 Bilik Tidur • 3,003 Sqft

Minat Listing Ini

Apa Kata Mereka Yang Berurusan Dengan Saya

Dulu mereka pon sama macam anda - tak pasti layak atau tidak, tak tahu nak mula macam mana dan ingat rumah landed mahal.

“Saya ingat tak layak sebab kerja swasta je. Rupanya bila dah semak kelayakan, sebenarnya ada je peluang.”

Pembeli Rumah Pertama

“Dari awal memang blur tak tahu nak mula macam mana. Bila dapat penerangan baru rasa proses dia tak lah rumit sangat.”

Pembeli Rumah Selangorku

“Saya cari rumah landed untuk keluarga tapi ingat tak mampu. Bila dah explore, rupanya ada juga pilihan yang sesuai dengan bajet saya.”

Pembeli Rumah Pencen

Mungkin Anda Tertanya-Tanya

Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya oleh mereka yang sedang mencari rumah.

Semakan awal tanpa komitmen

Sudah tentu boleh. Anda boleh bertanya atau membuat semakan awal tanpa komitmen. Saya sedia membantu.

Ya, permohonan tidak terhad kepada kakitangan kerajaan sahaja. Pekerja swasta, individu bekerja sendiri, peniaga, pemerima komisyen dan pekerja ekonomi gig juga boleh membuat permohonan tertakhluk kepada syarat yang ditetapkan.

Kelayakan bergantung kepada jenis projek dan syarat semasa. Ada projek yang bayaran bulanan serendah RM800/bulan sahaja dengan gaji minimum bersih RM2000 - RM2800 bergantung kepada komitmen semasa. Lain orang lain situasinya, sebab itu lebih baik buat semakan terlebih dahulu mengikut situasi anda.

Boleh. Asalkan ada dokumen sokongan dan memenuhi syarat yang ditetapkan, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan.

Boleh. Ramai yang menghubungi saya adalah pembeli rumah pertama. Saya akan terangkan prosesnya satu per satu supaya lebih mudah difahami.

Sudah tentu boleh. Anda boleh bertanya atau membuat semakan awal tanpa komitmen. Saya sedia membantu.

Tak pasti layak atau tak? Jom semak dulu

Saya boleh bantu anda buat semakan kelayakan. Free je. Tiada komitmen.

Hubungi Saya Sekarang

Saya bantu anda buat semakan kelayakan, projek dan cara-cara permohonan.

WhatsApp +0163472462 Email norazliana_am@yahoo.com Facebook Azliana Rumah Go TikTok @azlianarumahgo
Service Location Seluruh Malaysia
Operating Hours Isnin - Ahad, 9.00 pagi - 6.00 petang
WhatsApp Sekarang